24.9.12

Vitamin C - pelbagai manfaat, pelbagai

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu? Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet. Di Shaklee, kami menyediakan supplemen Vitamin C terbaik untuk anda menjalani hidup yang lebih sihat.

Di Shaklee, kami menyediakan supplemen Vitamin C terbaik untuk anda menjalani hidup yang lebih sihat.



Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

20.9.12

[LELAKI DAN SEKS] 11 faktor untuk memiliki sperma yang sihat.

1. Seluar atau seluar dalam yang terlalu ketat, bahan material dan haba - pastikan seluar yang diperbuat daripada kapas dan tidak ketat.

2. Tab panas dan sauna - kurangkan rutin mandi di dalam tab panas atau kerap ke sauna kerana boleh menyebabkan penurunan kualiti sperma.

3. Elakkan tabiat pengambilan minuman beralkohol - minuman alkohol menjejaskan penghasilan sperma dengan meningkat estrogen yang dihasilkan oleh hati dan ini menurunkan jumlah sperma. Alkohol secara langsung boleh merosakkan sel yang menghasilkan sperma dan menjejaskan kesuburan.

4. Ubat-ubatan - terdapat ubat yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki termasuklah steroid dan cytotoxic yang digunakan dalam rawatan penyakit kanser.

5. Toksik persekitaran - radiasi adalah salah satu punca yang menyebabkan kerosakan dan kecacatan kelahiran. Bahan lain yang boleh mempengaruhi sperma ialah minyak wangi yang didapati mengandungi phthalates dan beberapa jenis semburan serangga, raksa organik, polychlorinated, biphenyls dan estrogen di dalam air.

6. Tabiat merokok - perokok adalah golongan yang didapati antara punca yang menyebabkan lelaki kurang subur. Merokok mempengaruhi pergerakan sperma dan menghasilkan sperma yang tidak sihat.

7. Waktu atau masa - Kuantiti dan kualiti sperma lazimnya tinggi pada sebelah pagi.

8. Ejakulasi berlebihan dan menahan ejakulasi - kedua-dua situasi ini boleh mempengaruhi kualiti dan kuantiti. Hubungan seksual yang kerap atau berselang hari dapat meningkatkan jumlah sperma dan menghasilkan sperma yang sihat.

9. Pemakanan - makanan yang kaya dengan antioksidan menggalakkan sperma yang sihat.

10. Khasiat tambahan - pengambilan makanan tambahan digalakkan. Asid folik, selenium dan zinc sulfat adalah khasiat yang diketahui dapat meningkatkan jumlah sperma dan memantapkan kilang penghasilan sperma.

11. Penyakit kelamin - elakkan daripada hubungan seksual yang tidak selamat. Jangkitan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan kuantiti dan kualiti sperma terjejas.

Shaklee komited dengan kesihatan lelaki, justeru golongan ini dititikberatkan kesihatan mereka dengan set Lelaki. Ini kerana lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.

Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.



Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

18.9.12

Tip mengatasi perasaan sentiasa lapar, makan berlebihan, mengawal berat badan.

Anda mempunyai masalah yang sering lapar? Walaupun sudah makan, masih terasa lapar? Bagi mengawal perasaan lapar, makan berlebihan di samping mengawal berat badan, berikut diberikan tips untuk mengatasi perasaan itu.

Lebihkan makanan yang mengenyangkan - buah dan sayur adalah makanan yang kaya dengan kandungan air dan serat yang boleh mengenyangkan anda dengan cepat. Disyorkan memakan buah atau sayarun terlebih dahulu sebelum memakan nasi.

Makan lebih protein - diet yang kaya dengan protein akan lebih mengenyangkan. Dengan syarat sumber protein itu tidak boleh mengandungi lemak yang tinggi seperti daging kambing, organ dalaman, makanan laut dan sebagainya yang perlu dielakkan.

Kurangkan makanan berlemak dan air berkarbonat - Kajian menunjukkan tikus makmal yang diberi makan makanan yang berlemak akan menyebabkan hormon yang memberi rasa kenyang tidak lagi berfungsi. Cuba amalkan minuman jus buah ataupun susu rendah lemak.

Makan kudapan secara bijak - Makan kudapan secara sedikit demi sedikit di antara waktu makan. Ini akan mengurangkan selera anda yang besar ketika ingin makan malam contohnya. Tapi anda perlu memilih kudapan secara bijak seperti kekacang, keju atau pun makanan yang kaya dengan protein.

Kunyah secara perlahan dan fokus terhadap makanan - Kunyah dan nikmati makanan anda selama 20 minit. Selalunya selepas itu, anda akan terus berasa kenyang dan tidak ingin meneruskan untuk makan lagi. Jangan makan sambil membaca atau menonton televisyen kerana tanpa fokus, anda akan mengunyah dengan laju dan tidak sedar anda sudah makan dengan banyak.

Minum air dengan banyak / minum air sebelum makan - Minum 15 minit sebelum makan dan bukannya di antara waktu makan. Ia akan mengurangkan selera anda.

Gantikan dengan chewing gum - kadangkala anda rasa ingin makan sesuatu tapi tidak begitu lapar. Di waktu ini chewing gum amat berguna.

Daripada sudut alternatif, saya syorkan pengambilan ESP, B Complex dan Performance Drink.

Fungsi B Complex itu sendiri iaitu menukar karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga. Basically tubuh badan kita memerlukan cukup vitamin B Complex supaya apa yg kita ambil waktu makan dapat ditukarkan kepada tenaga selengkapnya. Kekurangan B complex menjadikan proses pengahasilan tenaga menjadi kurang efisyen, di mana timbul masalah mudah letih dan juga paling tak best sekali masalah berat badan

Energizing Soy Protien :
 • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
 • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Performance Drink :
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
 • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
• Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

13.9.12

Sarapan rendahkan kolestrol, tingkatkan konsentrasi!

Pakar Pemakanan dari Friedman School of Nutrition Science anda Policy, Tufts University, Brierley Wright Horton, sarapan merupakan kebiasaan yang menyihatkan. Orang yang bersarapan secara teratur mampu menghasilkan tubuh yang lebih langsing. Sementara bagi orang yang sedang berdiet, penurunan berat badan akan lebih berjaya jika menjadikan sarapan sebagai rutin. Orang yang biasa bersarapan lebih banyak mendapat serat, kalsium, vitamin A dan C, riboflavin dan zat besi sekali gus mengurangkan lemak dan kolestrol.

Ada orang mengelakkan sarapan dengan alasan ingin menurunkan berat badan. Perkara ini sebenarnya tidak benar. Penelitian Journal of Obesity Research terhadap 300 orang orang yang mengalami obesiti, telah diminta untuk bersarapan secara rutin. Dalam beberapa bulan, 80 peratus daripada responden berhasil menurunkan berat badan secara signifikan.

Berikut merupakan antara makanan yang dianjurkan menerusi buku Healthy Food for Healthy People:-

  • Bijirin + Susu - Setiap 100 gram bijirin mengandungi lebih kurang 350 kilo kalori yang berguna untuk tubuh. Susu pula mengandungi gizi yang baik dan tinggi kalsium. Campuran bijirin dan susu mampu meningkatkan selera makan bagi anda yang sering berasa mual untuk memulakan sarapan pagi.
  • Telur - Tidak kira sama ada telur rebus, goreng atau separuh masak, ia sememangnya kaya dengan nutrien yang baik untuk tubuh. Ia termasuklah vitamin A dan B, zat besi, kalium, kalsium dan gizi lain yang diperlukan tubuh.
  • Roti gandum - Berbanding nasi dan mi, roti gandum merupakan sumber tenaga yang lebih baik. Selain kaya dengan zat yang tinggi, ia juga membantu menurunkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Roti gandum baik untuk diet kerana boleh meninggalkan rasa kenyang dengan lebih lama.
  • Jus buah - Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam buah mampu memberi manfaat yang cukup berguna pada tubuh. Buah yang tinggi serat juga mampu merawat sistem pencernaan agar ia berfungsi dengan baik. Bagi membiasakan perut anda menerima jus buah di pagi hari, anda disarankan minum jus buah ketika perut kosong atau 20 minit sebelum mengambil makanan lain. Campurkan bersama susu atau sedikit madu agar tubuh tetap segar.

Selepas sarapan, jangan lupa mengambil Vitalea, Vita-C dan Vitamin B Complex. Kenapa? Kerana Vitalea elok diambil bergandingan dengan Vita-C untuk penyerapan zat besi yang optimum. Vitamin B Complex pula dapat menukarkan makanan kepada tenaga.

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

7.9.12

Kenali Fiber : Jenis-Jenis Fiber Dalam Suplemen & Makanan

Kita mungkin biasa dengan perkataan fiber atau serat. Dan kita mungkin faham fiber banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Fiber dan kanji sama2 mengandungi gula, namun gula dalam fiber lebih sukar tercerna kerana enzim amilase tidak boleh memecahkan ikatan gula dengan serat dengan baik. Oleh itu, serat larut adalah salah satu agen penyerap gula dan kolesterol yang baik.

Mari kita kenali jenis2 serat dan nama yang biasa digunakan dalam produk makanan tambahan.

Psyllium – sejenis bahan perekat yang diperolehi dari psyllium, sejenis bijirin. Ia sangat baik untuk masalah kolesterol dan merendahkan index glisemik bila dicampur dalam makanan.
Fructooligosaccharides (FOS) & Inulin – Meningkatkan kadar penyerapan mineral oleh usus.
Maltodextrin – Sejenis polisakarida tak tercerna yang dihasilkan dari makanan berkanji, sebagai pengganti kanji. Ia merendhkan kadar kalori.
Methylcellulose – Diperbuat dari dinding sel tumbuhan. Ia tidak tercerna dan bagus untuk masalah sembelit.

Jadi, kenalilah bahan2 serat dalam makanan & suplemen anda. Semoga bermanfaat!

Saya mengambil produk fiber iaitu Alfalfa. Kenapa saya suka Alfalfa? Kerana keputihan saya dah berkurangan dan alhamdulillah dapat hilang. Syukur sangat dah tak payah nak ganti-ganti panties di siang hari.


Alfalfa ni dikatakan mempunyai 1001 manfaat, antaranya:-

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…


Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

6.9.12

Cantik yang senang, murah dan mudah.

Vitamin untuk kulit yang cantik bermaya adalah A, B dan C.

Vitamin A membantu memperbaiki tisu badan, mengelakkan kekeringan kulit dan melambatkan kesan penuaan.
Vitamin B memperbaiki peredaran darah, menstabilkan hormon dan meratakan warna kulit.
Vitamin C membantu mengekalkan paras kolagen yang penting untuk membaiki kulit rosak serta menjaganya agar selalu licin, tegang dan sihat.
Satu lagi yang penting untuk kulit cantik terutama yang mengalami masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya adalah vitamin E yang juga merupakan antioksidan.

Pilihan saya? Semestinya B-Complex, Sustained Release Vita-C dan Vita-E. Ada orang tanya, tak susah ke telan-telan semua ni? Taklah. Sebab kalau tak nak telan, leh dibuat masker. Iaitu masker Vita-E tu!!!!

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

5.9.12

Badan berbau? Nak hilangkan nya tak?

Siapa lah yang sanggup kalau berdekatan dengan insan yang ada badan berbau kan? Kau sanggup? Kita sendiri pun terkadang tak sedar yang badan kita ni berbau. Takkan la nak tunggu isyarat tutup hidung atau pun isyarat memek muka busuk daripada orang kat kita baru lah kita nak cegah badan berbau ni. Isk tak sanggup eden. Jangan kan badan, rambut, kaki, ketiak, nafas, alat sulit pun boleh berbau jugak. Penyebab bau badan ni kadang-kadang daripada gaya pemakanan kita sendiri. Mungkin akibat makan rempah ratus, daging merah, kafein atau tembakau. Kalau nak guna cara semulajadi, ada pelbagai pilihan untuk kita gunakan. Antaranya limau nipis, cengkih, kunyit, halia dan lain-lain lagi.

Pilihan saya? Saya pilih supplemen Alfalfa kerana ianya bukan sahaja membantu saya sebagai milk booster tapi juga sebagai salah satu usaha untuk menghilang badan berbau. Badan berbau juga boleh disebabkan oleh resdung dan kadar toksik badan kita yang tinggi. Peluh yang merupakan agen perkumuhan badan sedikit sebanyak menyebabkan badan berbau kerana toksik badan kita dikeluarkan melalui perpeluhan.




Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

4.9.12

Tak mampu Collagen Powder? Ada Sustained Release Vita-C untuk dirembat!!!!!

Ada jugak yang merungut bila tau pasal harga Collagen Powder sebab dengan bajet yang ciput, ada payah nak rembat Collagen Powder. Ekceli kalau tak mampu nak rembat Collagen Powder, korang masih lagi mampu mencuba Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan (motto Collagen Powder ni tapi kasi rembat untuk Vita-C, hehe)

Mungkin gak ada yang pening, dah kenapa nya direkomenkan Vita-C lak padahal orang nak Collagen Powder (in caser tak cukup bajet ye~). Ada sebab la kenapa Vita-C direkomenkan. Sebabnya?

Ni kata-kata sokongan yang diambil daripada howtodothings.com

Vitamin C's prime function is to make collagen, and Lysine aids in collagen formation. If you cannot take Vitamin C as a supplement, look to increase your Vitamin C food intake, as collagen must have Vitamin C to work. Alpha Lipoic Acid, while not needed to make collagen supplementation work in and of itself, will serve to "recycle" the Vitamin C nutrients already in your body, thus boosting the effectiveness of the Vitamin C that is already working to form and sustain collagen. Alpha Lipoic Acid is also a great all-purpose antioxidant to reduce the swelling associated with bone pain or injury. It will remove toxins and improve functionality of the fluid in the joint that is causing pain, and is great for the appearance of your skin as well. Glucosamine works in tandem with Collagen supplements for arthritis and other bone pain issues, but does not directly impact collagen production or maintenance. If your intention is to keep the collagen you have for aesthetic concerns, such as to ward off wrinkles, Vitamin C is a required supplement. Other typical "beauty" related reasons for taking collagen include weak fingernails and brittle hair.

Jadi harga bukanlah satu-satu nya alasan untuk korang lagi sebab ada pelbagai pilihan yang sesuai untuk bajet korang.

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

2.9.12

Rancangan hari ni : Resepi smoothies awet muda kekal langsing versi Shaklee.

Nak cuba buat Smoothies versi MamaFaiz la nanti.

Ni resepi yang MamaFaiz kongsikan,

Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • Segelas fresh milk 1-2sudu besar natural plain yogurt fresh fruits (dalam gambar ni, Mamafaiz guna banana... potong kecik2.. then frozenkan sebentar) 
  • Supplemen Shaklee (sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen Powder.. sebab tu resipi ni namanya awet muda kekal langsing) 
  • 1 sudu kecik madu Serbuk koko (optional) 
 Cara-caranya:-

Blend kan ajeeeeee. Pastu minum. Sungguh mudah.



Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading