0
Q : Saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, masalahnya semakin saya berdiet, saya dapati berat badan saya semakin bertambah. Kenapa boleh terjadi begini? Adakah cara diet saya salah?

A : Ini bergantung kepada cara diet anda. Cara yang betul dan berkesan dalam berdiet adalah pemakanan yang seimbang. Anda perlu makan pada masa yang tetap dengan bahagian yang betul dan konsisten. Amat penting pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang mencukupi. Diet yang terlalu rendah kalori boleh menyebabkan penurunan kadar metabolisme dan menjurus kepada kenaikan berat badan. Malah, senaman adalah salah satu fakta yang penting untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Kebanyakan diet merendahkan tahap metabolisme badan menyebabkan kita mudah mengalami kesan diet 'yo-yo'.

Diet kalori yang rendah adalah penyebab kepada kebuluran yang kita ciptakan sendiri, jadi badan bertindak balas dengan memelihara lemak dan mula memecahkan tisu otot untuk bahan api bagi kegunaan badan kita. Badan tidak mengetahui berapa lamakah kebuluran ini akan berpanjangan jadi badan akan mengawal simpanan tenaga yang penting.


Nitrogen dilepaskan apabila otot kita mula merasa letih dan badan akan menghapuskan nitrogen melalui buah pinggang dengan air daripada sel-sel kita. Ini menyebabkan kekurangan berat air dengan cepat dan kekurangan skala berat badan yang sangat ketara. Kekurangan air dan otot bukanlah satu sebab untuk kita raikan! Berat ini akan segera kembali sebaik sahaja kita minum sesuatu dan otot yang hilang akan merendahkan metabolisme badan kita.

Tisu otot membakar kalori 24 jam sehari. Lagi banyak otot yang kita ada, lagi banyak kalori yang dibakar walaupun kita hanya sitting around. The less muscle you have the less you can eat. TETAPI di sini ada sedikit keajaiban matematik! Sebagai contoh, seharusnya, apabila kita hilang 10 pound otot (bersamaan 20 lbs. lemak) di dalam diet kalori rendah. Katakanlah setiap pound otot akan membakar 50 kalori sehari dengan just sitting around, jadi 10 pound otot tersebut telah membakar 500 kalori sehari. Dengan kehilangan tisu otot ini, jadi kita boleh beranggapan, anda kini harus mengambil lebih kurang 500 kalori sehari untuk mengekalkan kekurangan berat badan. Usaha pengurangan berat badan anda SEKARANG akan bertambah SUKAR.

Yang tragiknya, apabila anda mengurangkan pengambilan diet anda, badan akan memberikan reaksi. "Akhirnya ada makanan untuk saya, tapi saya terlalu takut terhadap kebuluran yang akan datang." Jadi apakah kesan yang timbul? Badan akan 'mengalihkan' makanan tersebut ke simpanan lemak, bukannya ke otot. Walaupun berat yang sama, anda akan lebih gemuk kerana kekurangan otot untuk membakar kalori.

Ketahui lebih lanjut mengenai kesan diet yo-yo dan cara untuk menanganinya.

Catat Ulasan

 
Top