14.8.12

Elakkan Simptom PMS Dengan Pemakanan.

Kekejangan, kebimbangan, tekanan, keletihan dan kembung perut yang mengakibatkan rasa tidak selesa, adalah antara beberapa gejala atau sindrom yang dialami apabila Sindrom Pre-Menstrual (PMS) menyerang wanita. Terdapat beberapa kategori makanan yang boleh diambil untuk mengelakkan simptom PMS ini.

  • Minyak dari tumbuh-tumbuhan (contohnya minyak biji anggur, minyak zaitun, minyak bunga matahari, primrose, biji rami) - Minyak dari tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan vitamin A, D, E, dan K serta asid lemak seperti EPH dan DHA, membantu mengurangkan tekanan perasaan, meningkatkan kecergasan mental dan fokus, serta mengekalkan kesihatan kulit.
  • Magnesium dan makanan yang kaya dengan potassium ( contohnya brokoli, sayur-sayuran hijau, pisang, bijiran dari labu, kacang hitam dan kekacang) - Mengawal keletihan, kembung perut, pembengkakkan dan kesakitan buah dada serta tekanan diakibatkan dari ketidakstabilan hormon.
  • Produk tenusu ( contohnya yogurt, susu, keju) - Mengawal kesakitan senggugut dan simptom-simptom PMS yang lain. Satu kajian telah menyatakan bahawa wanita yang mengambil empat hidangan tambahan makanan yang kaya dengan kalsium mengalami pengurangan simptom-simptom PMS sebanyak 50%.
  • Penenang otot semulajadi (contohnya evening primrose, raspberi, Dong Quai, kohosh hitam, 'haw' hitam, passionflower (pokok letup-letup) - Biasanya didapati di dalam teh herba dan makanan tambahan, herba-herba ini membantu melegakan kekejangan otot, yang sering menyebabkan kekejangan abdomen.
PMS dan GLA Complex Shaklee.

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid adalah kandungan penting dalam EPO. Walau bagaimanapun, Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan, jadi ia lebih cepat berkesan. Shaklee GLA juga mengandungi vitamin E & minyak biji bunga matahari yang membantu mencantikkan kulit si pengamalnya.

Apakah keistimewaan Shaklee GLA Complex berbanding Evening Primrose Oil (EPO) jenama lain? 

Evening Primrose Oil diambil daripada bunga evening primrose (EP). Benih bunga liar EP mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasukLinoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA). Asid lemak mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA complex.
sumber : rahsiavitamin.com

sumber : healthy.babykawaiistore.com

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * (sumber)

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

10.8.12

Produk Shaklee Tu Tak Halal?

Ye ada friend kat FB pernah kata yang produk Shaklee ni tak halal. Menurut ChibiBox,
Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap negara adalah berbeza.

Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.
Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh Hanis Amin
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis

Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H 1S7, Canada
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA
\
Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.
Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.


 Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah

Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.

sumber : Tablets, capsules & soft gels: there are several issues to consider when delivering nutraceuticals in any of these formats. 

Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk SOY LECITHIN.



Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.
Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.
Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.
Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.

Dipetik daripada : mychibibox.com dan healthy.babykawaiistore.com

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

8.8.12

Mood Nak Raya : Jualan Jimat Jimat Jimat

Sales Jimat hanya dari 8hb Aug hingga 11hb Aug. Nak cantik raya nanti tapi nak jimat duit? Ni lah peluangnya ;)

**Produk-produk tersebut tidak dapat dipublishkan di sini atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Jadi kalau berminat, calling calling poking poking me thru PM :P

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

7.8.12

Penyakit Pembunuh Senyap - Hepatitis


Apa anda lakukan apabila diri selalu keletihan, mengalami gatal-gatal dan kekuningan pada kulit serta mata (jaundis) dan sakit atau kembung perut? Cara paling mudah pasti ke farmasi terdekat dan membeli ubat-ubatan yang disyorkan sesuai dengan masalah berkenaan. Itulah antara sikap yang ada dalam diri kita. Sentiasa mengambil ringan dan beranggapan ‘tak apa’ terhadap penyakit yang tidak menampakkan kesannya secara luaran.

Namun pernahkah anda terfikir masalah yang dianggap kecil itu berkemungkinan besar serta boleh mengakibatkan satu penyakit yang serius dan sukar dirawat? Berdasarkan simptoms-simptoms yang tersebut tadi, jangan terkejut jika dinyatakan bahawa anda berisiko tinggi menghidap penyakit hepatitis. Dan tahukah anda hepatitis boleh hidup dalam tubuh selama bertahun-tahun sebelum timbulnya petanda?

Hepatitis adalah sejenis penyakit keradangan hati yang disebabkan oleh jangkitan virus. Antara hepatitis yang paling lazim didengar dan dihidapi adalah hepatitis A, hepatitis B dan hepatitis C. Hepatitis A ialah jangkitan paling lazim bagi pelancong yang boleh dicegah dengan imunisasi. Hepatitis B atau HBV adalah virus yang menyerang hati dan boleh menyebabkan jangkitan akut atau kronik. HBV merebak melalui pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang dijangkiti. Hepatitis C adalah sejenis penyakit yang menjejaskan hati. Virus HCV merebak apabila darah seseorang yang dijangkiti virus ini memasuki badan seseorang yang sihat.

Kesan Hepatitis C berbeza mengikut individu. Sesetengah orang akan mengalami masalah kesihatan yang serius dalam masa 5 tahun selepas dijangkiti virus ini. Sebaliknya, ramai yang menghidap Hepatitis C tidak menunjukkan sebarang tanda meskipun sudah dijangkiti selama 20 tahun atau lebih. Inilah yang membuatkan sukar bagi anda mempercayai yang anda sudah dijangkiti kerana anda mungkin berasa sihat walaupun hakikatnya anda menghidap penyakit 'senyap' ini.

Hepatitis C dirawat menggunakan satu atau dua jenis ubat yang membantu badan mengatasi HCV. Rawatan ini memerlukan masa dan komitmen. Di kalangan pesakit tertentu, rawatan ini dapat menghapuskan semua HCV daripada badannya. Pegylated Interferon adalah sejenis protein yang membantu sistem imun. Ia disuntik ke dalam badan hanya sekali seminggu selama 12 bulan. (Hamizah Badiran, Hati, Harian Metro, 6 Ogos 2012)

Anda inginkan perlindunga imun yang selamat, halal, murah tapi potensi dan prestasinya diyakini di seluruh dunia? Jawapannya ada pada NutriFeron Shaklee. Kerana yang semulajadi itu lebih baik.

Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon? 

Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidungnya tidak/kurang aktif

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.

5. Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia**- 4 kajian klinikal** yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

**
Human Clinical Studies
1. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. Clinical efficacy of EH0202, a Kampo formula, on the health of middle-aged women. Am J Chin Med. 2004; 32(5):755-770.
2. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. A pilot study of a Kampo formula, EH0202, with intriguing results for menopausal symptoms. J Altern Complement Med. 2004 Apr; 10(2):397-399.
3. Kaji K, Yoshida S, Nagata N, Yamashita T, Mizukoshi E, Honda M, Kojima Y, Kaneko S. An open-label study of administration of EH0202, a health-food additive, to patients with chronic hepatitis C. J Gastroenterol. 2004 Sep; 39 (9):873-878.
4. Kubo M, Hashimoto Y, Yoshida S. The effect of health food containing EH0202 on physical and mental symptoms accompanying menstruation in women with premenstrual syndrome (PMS). Clin Pharm Ther. 2004; 14(2):129-142
Continue Reading

5.8.12

Berita kurang menyenangkan mengenai Supplemen Nutrisi Sukan

Tengah hangat berlangsungnya Sukan Olimpik ni, muncul lak satu khabar tak baik mengenai supplemen untuk nutrisi ahli sukan.

First came an article in the July 18th edition of the British Medical Journal (Cohen, BMJ, doi: 10.1136/bmj. ed737, 2012) saying that most sports nutrition products have little or no scientific backing.
And they named two of the biggest names in the industry, Pepsi-Cola (manufacturer of Gatorade) and GlaxoSmithKline (manufacturer of Lucozade Sport) as marketing products with little scientific backing.

So how was this study conducted?

A team at the Centre of Evidence Based Medicine at Oxford University evaluated the evidence behind 431 performance enhancing claims in advertisements for 104 different sports products, including sports rehydration drinks and protein shakes.

They contacted the companies and asked them to provide studies to back their claims. Many companies were unable to provide any evidence to back their claims. However, several companies provided a total of 106 studies, which the team then evaluated. The scientific team concluded that only 2.7% of the studies were of high quality and low risk of bias.

They identified a number of major flaws in the remaining studies including: – small sample size – poor quality surrogate outcomes – poor quality trial design including badly blinded or non-blinded studies – data dredging using pre-defined outcome measures – biological outcomes that did not necessarily correlate with improved performance – inappropriate use of relative measures – pre-study nutritional input manipulation – changes in environmental factors – such as heat or cold – during the study

Suffice it to say that lots of the studies were really, really bad! Sadly, many of the sports nutrition products out there are based on hype and marketing, not science (Are you really surprised?)

As if that weren’t bad enough, less than a week later the British Medicines and Healthcare Regulatory Agency (MHRA) identified 84 sports supplements that should not be used by Olympic athletes (or any athletes, for that matter) because they contained dangerous ingredients.

Some of the supplements in question contained steroids or hormones that were not only dangerous, but could cause Olympic athletes to fail drug testing.

Others contained stimulants like DMAA, ephedrine, synephrine and yohimbe that can cause kidney failure, seizures, heart problems and death.

Most of the supplements in question were not publicly named. Instead, the MHRA simply advised shopkeepers in England to remove them from their shelves.

So there you have it. Most sports supplements are based on hype and marketing, not science. And many sports supplements are downright dangerous.

Your best bet is to stick with a reputable company with a history of working with Olympic athletes. And simply ignore all those claims about instant muscle growth super fast times.

To Your Health!
Dr. Stephen G Chaney

Dipetik daripada

BAD NEWS ABOUT SPORTS NUTRITION SUPPLEMENTS

Maklumat tambahan :

US Olympic Athletes Choose Shaklee

Team Shaklee Athletes

Pic : joystiq.com

Edisi malas nak translate -__-"
Continue Reading

3.8.12

KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN @ MAKANAN TAMBAHAN

1.         Penghadaman makanan yang tidak sempurna: Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu be
rhati-hati dalam situasi begini.

2.         Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

3.         Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

4.         Merokok:Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.

5.         Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.

6.         Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

7.         Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.

8.         Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).
Continue Reading

2.8.12

Saya berdiet tapi badan saya semakin berisi.

Q : Saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, masalahnya semakin saya berdiet, saya dapati berat badan saya semakin bertambah. Kenapa boleh terjadi begini? Adakah cara diet saya salah?

A : Ini bergantung kepada cara diet anda. Cara yang betul dan berkesan dalam berdiet adalah pemakanan yang seimbang. Anda perlu makan pada masa yang tetap dengan bahagian yang betul dan konsisten. Amat penting pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang mencukupi. Diet yang terlalu rendah kalori boleh menyebabkan penurunan kadar metabolisme dan menjurus kepada kenaikan berat badan. Malah, senaman adalah salah satu fakta yang penting untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Kebanyakan diet merendahkan tahap metabolisme badan menyebabkan kita mudah mengalami kesan diet 'yo-yo'.

Diet kalori yang rendah adalah penyebab kepada kebuluran yang kita ciptakan sendiri, jadi badan bertindak balas dengan memelihara lemak dan mula memecahkan tisu otot untuk bahan api bagi kegunaan badan kita. Badan tidak mengetahui berapa lamakah kebuluran ini akan berpanjangan jadi badan akan mengawal simpanan tenaga yang penting.


Nitrogen dilepaskan apabila otot kita mula merasa letih dan badan akan menghapuskan nitrogen melalui buah pinggang dengan air daripada sel-sel kita. Ini menyebabkan kekurangan berat air dengan cepat dan kekurangan skala berat badan yang sangat ketara. Kekurangan air dan otot bukanlah satu sebab untuk kita raikan! Berat ini akan segera kembali sebaik sahaja kita minum sesuatu dan otot yang hilang akan merendahkan metabolisme badan kita.

Tisu otot membakar kalori 24 jam sehari. Lagi banyak otot yang kita ada, lagi banyak kalori yang dibakar walaupun kita hanya sitting around. The less muscle you have the less you can eat. TETAPI di sini ada sedikit keajaiban matematik! Sebagai contoh, seharusnya, apabila kita hilang 10 pound otot (bersamaan 20 lbs. lemak) di dalam diet kalori rendah. Katakanlah setiap pound otot akan membakar 50 kalori sehari dengan just sitting around, jadi 10 pound otot tersebut telah membakar 500 kalori sehari. Dengan kehilangan tisu otot ini, jadi kita boleh beranggapan, anda kini harus mengambil lebih kurang 500 kalori sehari untuk mengekalkan kekurangan berat badan. Usaha pengurangan berat badan anda SEKARANG akan bertambah SUKAR.

Yang tragiknya, apabila anda mengurangkan pengambilan diet anda, badan akan memberikan reaksi. "Akhirnya ada makanan untuk saya, tapi saya terlalu takut terhadap kebuluran yang akan datang." Jadi apakah kesan yang timbul? Badan akan 'mengalihkan' makanan tersebut ke simpanan lemak, bukannya ke otot. Walaupun berat yang sama, anda akan lebih gemuk kerana kekurangan otot untuk membakar kalori.

Ketahui lebih lanjut mengenai kesan diet yo-yo dan cara untuk menanganinya.

Continue Reading