0

Ramadan merupakan peluang terbaik untuk mengawal pemakanan agar mampu mencapai sasaran berat badan ideal yang diimpikan. Tidak mustahil dengan usaha tersebut, anda mampu bergaya anggun di Hari Raya nanti. Jom lihat langkah-langkah dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan di dalam bulan yang mulia ini.

  • 1.       Kenal pasti kadar metabolisma tubuh anda. Bagi mereka yang mempunyai kadar metabolism tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun mengambil makanan yang banyak ketika berbuka. Namun, bagi anda yang memiliki metabolism yang rendah, haruslah berhati-hati dalam soal pemilihan makanan. Elakkan makan melebihi keperluan harian apatah lagi selepas berbuka, tiada lagi aktiviti berat yang dilakukan.

  • 2.       Jika anda menganggap sahur suatu perkara yang remeh, anda sebenarnya silap. Kepentingan sahur sama seperti bersarapan. Sahur akan membantu badan mengimbangi gizi yang diperlukan tubuh sepanjang seharian berpuasa. Mulakan sahur dengan makanan tinggi protein. Menurut The Journal of Nutrition, mengambil makanan yang tinggi protein secara amnya akan meningkatkan rasa kenyang.

  • 3.       Mulakan berbuka dengan makan makanan yang manis seperti kurma dan kuih-muih. Ambil makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan makanan yang masuk secara tiba-tiba dan banyak hanya akan membuatkan perut berasa tidak selesa. Elakkan mengambil minuman berkarbonat atau mengandungi kafein yang tinggi semasa berbuka kerana ia akan mendatangkan akibat buruk kepada perut yang kosong.

  • 4.       Jangan lupa pada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu berbuka dan bersahur anda. Makanan yang tinggi serat dapat membantu mengurangi nafsu makan dan memberikan rasa kenyang. The American Heart Association menyarankan untuk makan antara tiga hingga empat belahan sayuran setiap hari. Seeloknya semasa berbuka, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

  • 5.       Makan selepas solat terawih sememangnya digalakkan. Namun elakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan selepas itu tidur ketika perut masih lagi kenyang. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan anda malas bangun sahur dan menggalakkan peningkatan berat badan. Adalah dinasihatkan agar anda memilih makanan yang mudah dihadam dan tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

  • 6.       Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bukan berkabohidrat dalam menu diet anda. Satu gram lemak mengandungi sembilan kalori bagi satu gram karbohidrat. Mayo Clinic menjelaskan makan makanan dengan kepadatan kalori yang rendah akan membantu anda rasa Kenyang dengan lebih lama.

  • 7.       The Ohio State University menjelaskan bahawa air putih membantu dalam proses penurunan berat badan melalui pengurangan nafsu makan. Air putih mengandungi kosong kalori tetapi pada masa yang sama ia membantu memberikan rasa kenyang. Mayo Clinic menyarankan agar kita minum dua liter air setiap hari. Pastikan anda minum air secukupnya pada waktu sahur dan berbuka.

  • 8.       Biarpun berpuasa, anda juga sebenarnya boleh meneruskan aktiviti bersenam anda. Bezanya, pilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30minit setiap sesi sekurang-kurangya tiga kali seminggu. Manfaatkan juga solat tarawih untuk melakukan senaman selain daripada meningkatkan amal ibadat anda.

Apakah produk Shaklee yang berkaitan dengan langkah anda untuk menurunkan berat badan ni? Shaklee menawarkan Shape-Up Set di mana dengan Set Shaklee Shape-Up ini, anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan.

Antara kebaikannya adalah:

  1. Badan yang lansing dan rapi
  2. Nampak lebih anggun
  3. Rasa unggul
  4. Rasa lebih bertenaga
  5. Meningkatkan keyakinan diri
  6. Meningkatkan kesihatan secara menyuluruh

  1. Lecithin - Lecithin fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan;
  2. Herblax - juga dikenali sebagai julap lembut, menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan;
  3. Cinch Energy Tea - memberikan tenaga kepada individu yang sedang berdiet;
  4. Cinch Shake - mengandungi leucine yang bertindak untuk membakar lemak.
Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

 
Top