0
Kekacang  lentil + makanan berbijirin penuh = BANTU CEGAH KECACATAN SARAF OTAK SEWAKTU KELAHIRAN

Folat, Vitamin B dan asid folik ( bentuk sintetik bagi folat) adalah nutrisi yang sangat penting sebelum dan semasa kehamilan bagi membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida' (peningkatan kecacatan tiub neural). Anda memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari yang boleh didapati di dalam bentuk supplement atau dari makanan berserat tinggi seperti roti mil, gandum, pasta, beras perang, bijirin dan juga nasi. Keperluan nutrisi yang mencukupi ini boleh mengurangkan risiko tersebut sebanyak 70%. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi tiga bulan sebelum anda merancang untuk hamil hinggalah tempoh kehamilan. Ini kerana masalah gangguang pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama kehamilan ketika janin baru terbentuk. Sebaik sahaja anda hamil, tingkatkan keperluan asid folik ini kepada 600mg sehari.

Sumber folat yang lain = sayuran berdaun hijau, kubis, bunga kubis, kacang hijau, brokoli, oren, tembikai susu, tembikai kuning dan bayam.


Dipetik daripada Majalah Rapi Isu 15 Nov 2010

Catat Ulasan

 
Top