0
Roti bakar + epal + air halia = BANTU LEGAKAN 'MORNING SICKNESS'


Gejala meloya di awal kehamilan sering menyerang wanita secara situais yang berbeza. Hakikatnya, tiada penawar tertentu yang boleh menyembuhkan gejala ini secara sekata bagi setiap wanita. Bagaimanapun, kaedah ini mungkin berkesan untuk anda cuba. Minum segelas air suam ketika mula bangun dari tidur. Kemudian, mandilah untuk segarkan tubuh anda. Nikmati secawan air halia panas bersama roti bakar disapu mentega atau biarkan kosong jika itu lebih menyelerakan anda. Amalkan makan dalam kuantiti yang kecil setiap 3jam. Ini bagi membantu kandungan gula dalam tubuh anda kekal stabil bagi mengelakkan rasa pening. Bagi hidangan tengahari, nasi putih, bijirin atau yogurt juga boleh dijadikan pilihan bagi membantu mengisi perut anda.

Makanan lain yang mungkin membantu : teh pudina, tembikai kuning, buah-buahan yang tidak bercirikan sitrus atau masam.

Dipetik daripada Majalah Rapi Isu 15 Nov 2010
 
Gambar : Pregnant Health

Catat Ulasan

 
Top