0
Ini adalah antara tips bagaimana hendak memilih losyen yang sesuai dengan anda.
  • Bacalah labelnya terlebih dahulu. Produk yang berlainan mempunyai ramuan yang berbeza. Perlu diingatkan, usah membeli losyen yang tidak sesuai untuk mengelakkan daripada risiko alahan. Sebaliknya, pilihlah produk yang sudah dikategorikan sebagai pelembap.
  • Kenali kulit anda. Walaupun ada losyen yang dirumus untuk semua jenis kulit, aka nada losyen yang telah dicipta khusus untuk kulit normal, kering dan terlalu kering. Pilihlah losyen yang sesuai dengan kulit anda untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
  • Ketahui keperluan anda. Apakah anda perlukan losyen untuk pelembapan harian? Atau anda perlukan losyen yang turut memberikan perlindungan terhadap kesan regangan juga? Ada beratus-ratus pelembap di pasaran dan sudah diuji untuk tidak memberikan reaksi yang tidak baik pada kulit.
  • Lihatlah keperluan kulit anda juga. Jika anda mempunyai kulit yang terlampau sensitive, pilihlah losyen jenis ‘noncomedogenic’. Ia bermaksud losyen itu sudah dibuktikan dan diuji untuk tidak menyebabkan reaksi jerawat pada kulit.
  • Lihat gaya hidup anda. Jika anda seorang yang suka berada di luar sepanjang hari, anda perlukan losyen yang mempunyai perlindungan terhadap sinaran ultra ungu untuk mengurangkan kedutan dan kulit kering.
Itulah serba sedikit tips memilih losyen, di mana kegunaan utama losyen ialah memperbaiki kulit kering, meningkatkan tekstur kulit, menyegar dan menggantikan minyak semulajadi yang hilang dari kulit. Secara ringkasnya, losyen berfungsi untuk menyerikan kembali keadaan kulit yang kusam.


Tapi saya ni jenis tak suka nak pakai losyen. Apa yang saya buat? Saya amalkan pengambilan vitamin kecantikan iaitu Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin E. Kenapa semua ni vitamin kecantikan?

  • B Complex: B for Beauty. Riboflovin juga dikenali sebagai B2 membantu mendapatkan kulit yang berseri dan rambut yang sihat. 
  •  Vitamin C: Anti oksida yang baik yang melindungi sel. Vitamin C adalah asas penting dalam penghasilan kolegen. Vitamin C membantu dalam proses pemulihan kulit terutama apabila tercedera.Vitamin C membantumelindungi kulit dari sinar matahari. Selain itu, ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas umumnya merosakkan serat kulit seperti kolagen dan elastin. Vitamin ini juga boleh didapati dari makanan seperti paprika merah dan buah sitrus, betik, kiwi, dan sayuran hijau. (sebiji tablet vita C shaklee bersamaan 7 biji oren)
  • Vitamin E : Anti oksida yang baik dan sangat powerful dalam penjagaan kulit. Mampu mencerahkan parut dan memulihkan luka. Melembabkan kulit juga mengurangkan kedutan.Vitamin E merupakan antioksidan lain yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Vitamin ini juga berperanan sebagai anti –peradangan dan menguatkan system kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kekacang, bijian, buah zaitun, bayam, asparagus dan sayuran hijau 

Sumber : Rahsia Vitamin & MamaFaiz

Berminat? Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Catat Ulasan

 
Top