0
esp-001 

Kalau sebelum ni saya asyik tertanya-tanya, macam mana ye rasa susu kocak tu. Sedap ja sebutan milk shake tu. Yang tau pun bahan-bahan kena la kisar dengan blender dan saya penah cuba buat, guna blender biasa tu tapi akhirnya kena marah ja sebab macam mana la ais nak hancur guna blender tu. Tsk. Sebab tu la bila dah beli ESP dan dapat tau yang ESP ni kena guna shaker, masa tu hati rasa wah mabelesnya aku dah nak minum susu kocak kocak. LOL pelik ja perasaan aku ni kan? Sampai sekarang ESP adalah pilihan wajib setiap hari, memang takda skip pengambilan ESP.

Energizing Soy Protein - Protein, mesti ramai yang akan cakap, alah aku tiap-tiap hari makan protein, dalam menu makanan tiap-tiap hari ada ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi sumber protein yang aku makan. Yela betul la tu tapi protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi, jangan tak tau! Protein yang baik membantu kesihatan tubuh yang baik, kerana protein adalah bahan asas pembinaan sel tubuh manusia. Protein yang baik membantu kepada pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Sel tubuh yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.

Kalau tu tak merangsangkan adrenalin korang, ni satu rahsia yang mesti diketahui. Protein dapat membuatkan kulit korang tu anjal! Eh tak nak ke awet muda?

Meh tengok kelebihan ESP ni :-
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
  Ini respons sorang rakan twitter saya, @shahirarif bila saya tweet mengenai Shaklee.

111

credit : www.mamafaiz.com, iffah anuar dan @shahirarif

Catat Ulasan

 
Top