30.6.12

Ibu Hamil : Makanan Power + Panduan Bernas (1)

Nutrisi yang seimbang dan sempurna dalam tempoh 9 bulan ini mampu membantu anda dan juga bayi anda kekal sihat dan sempurna!

Jom cari gali info bermanfaat ni.

Produk tenusu + ikan sardin dalam tin / salmon = kuatkan tulang bayi.

Anda memerlukan kira-kira 1,000mg keperluan kalsium setiap hari bagi membantu pertumbuhan gigi dan tulang bayi. Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Sheron Sutherland, M.D, dari Universiti Case Western Reserve, Ohio, kekurangan kalsium di kalangan wanita mengandung bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan bayi sebaliknya turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka tubuh anda akan dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang anda untuk membantu menguatkan bayi. Kesannya anda mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis menjelang usia tua nanti.

Sumber kalsium tambahan : Bijiran, roti, oat, jus oren dan sayuran hijau.

Dipetik daripada Majalah Rapi Isu 15 Nov 2010

Oleh sebab itu, penggambilan Ostematrix adalah lebih daripada kalsium yang anda perlukan. Ini kerana Ostematrix membekalkan nutrisi harian anda iaitu kalsium yang membantu membentuk dan maintenance untuk tulang dan gigi, magnesium, vitamin D dan zink, copper dan manganese, membantu di dalam maintenance kesihatan yang baik.

Masih tidak menyakinkan anda?


Berminat?


Sila hubungi saya di fb Umi Nazrah | umi.nazrah@gmail.com | tweet @nazra untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Continue Reading

29.6.12

Penyelesaian kepada Penghidap Obesiti, Diabetes dan Penyakit Jantung.

Adakah korang tergolong di dalam salah satu kategori yang tersebut di bawah? Kenapa harus membiarkan diri merana?


Mungkin testimoni ini boleh membantu menyelesaikan kekusutan anda.


Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan. Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Vivix bertindak dalam 4 cara:
1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Memperbaiki sel (cell repair)
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)

















PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung dan menyusukan anak.

Hadiahkan Vivix Shaklee kepada yang tersayang – suami, isteri (kecuali yang mengandung dan menyusukan anak), ibu, ayah, mentua.. malah kepada diri sendiri.. tak nak ke jadi cantik dan sihat macam Ayu Raudhah?..hehe.. (Ayu Raudhah juga adalah pengguna Vivix dalam rahsia awet muda beliau)

sumber : Vivix bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA
Continue Reading

28.6.12

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa. Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Continue Reading

27.6.12

Adik nak duduk atau nak merangkak?

Lama plak tak update mengenai perkembangan anak-anak. Memang betoi kan, setiap anak tu perkembangannya tak sama. Macam my 2nd twin ni, Aisya Ardini, tak pasti sekarang samada dia nak merangkak atau nak duduk. Kalau ikutnya dia suppose merangkak la lepas meniarap dan tarik perut. Tapi gaya dia tak melambangkan macam dia nak merangkak sebaliknya macam nak duduk. Tak kisah la yang mana pun, duduk atau merangkak kan, asalkan dia dan kakaknya sihat dan kuat (bak kata iklan MILO)
Continue Reading

16.6.12

Takda bezanya vitamin dan ubat!

Simon Say No
Kadang-kadang susah untuk terangkan pada orang ramai dan sekeliling yang sebenarnya ada perbezaan antara vitamin dan ubat.

Vitamin (daripada Wikipedia):
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Ubat (daripada Wikipedia):
Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.
Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Manakala ubat-ubatan pula adalah bahan luar yang asing kepada tubuh badan manusia. Sudah tentu ia mempunyai RISIKO kesan sampingan keatas mereka yang mengambilnya.
Ubat-ubatan bertindak secara langsung keatas tubuh badan, oleh itu pengambilan ubat-ubatan HANYA atas nasihat doktor atau ahli farmasi yang bertauliah sahaja.
Pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan berterusan akan menyebabkan RISIKO SECARA LANGSUNG kepada tubuh badan manusia, seperti lemah daya tahan, ketagihan dan kematian. (sumber : Bukan Ubat)

Bukankah terdapat perbezaanya?

Continue Reading

13.6.12

Khas Buat Mu Lelaki.

Suami kita penat bekerja hanya untuk memastikan kehidupan kita seanak-anak kita berjalan dengan lancar. Setelah kita sebagai anak hidup sempurna dan bahagia, adakah kita mengetahui bahawa mereka, bapa kita malah suami kita sendiri mengalami keletihan, sukar tidur malam, letih, sakit pinggang, dan sebagainya?

Vitamin E dan Ostematrix; untuk kekal sihat, bertenaga, kesihatan jantung, keintiman, awet muda.

Khasiat Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

Info tambahan :

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.(source:Aula)
_______________________________

Ostematrix

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf (membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah dan ia mengurangkan kadar kolestrol dlm darah)
  • Kesihatan tulang dan gigi

Sempena Hari Bapa, JOM hadiahkan Set ini kepada suami atau pun untuk bapa anda.

promo hari bapa-001
Continue Reading

12.6.12

9.6.12

Cantik Di Hari Raya 2012 : Vitamin E

testimoni vitamin eDah namanya perempuan, mesti nak yang chantek je kan. Selain tu, nak jugak dipandang cantik apatah lagi oleh insan yang tersayang. Bagi yang mencari-cari produk untuk kelihatan cantik, wajah mulus tak ada jerawat, boleh cuba untuk mengambil Vitamin E. Kat atas tu adalah salah satu testimoni pengguna Vitamin E sebelum dan selepas menggunakannya.

KEBAIKAN VITA-E ialah

1 - Mengekalkan kelembapan kulit

==>pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya, hmm...

2 - membantu di dalam menyerap vitamin A

==>vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya.

3 - melawan dan mencegah jerawat

==>menyapu vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit.

4 - mencegah penuaan kulit

==>Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram (400 IU) vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari.

5 - elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)

==>Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.

6 - mengurangkan parut

==>bagi perempuan yang mengandung, anda pasti mempunyai 'stretch mark' di perut. sapukan vitamin E di bahagian tersebut akan menghilangkan kesan parut. ini kerana parut terbentuk oleh collagen dan vitamin E dapat mengurangkan kekuatan ikatan molekul dalam collagen itu.

7 - mencegah barah kulit

==> Vita- E merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.



Testimoni dah ada. Sila la tengok.

Fullscreen capture 682012 53320 PM


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?
Hubungi saya di umi.nazrah@gmail.com atau FB facebook.com/nazrah untuk maklumat lanjut.
Continue Reading

8.6.12

Energizing Soy Protein(ESP) - Susu Kocak Kocak Yang Lazat

esp-001 

Kalau sebelum ni saya asyik tertanya-tanya, macam mana ye rasa susu kocak tu. Sedap ja sebutan milk shake tu. Yang tau pun bahan-bahan kena la kisar dengan blender dan saya penah cuba buat, guna blender biasa tu tapi akhirnya kena marah ja sebab macam mana la ais nak hancur guna blender tu. Tsk. Sebab tu la bila dah beli ESP dan dapat tau yang ESP ni kena guna shaker, masa tu hati rasa wah mabelesnya aku dah nak minum susu kocak kocak. LOL pelik ja perasaan aku ni kan? Sampai sekarang ESP adalah pilihan wajib setiap hari, memang takda skip pengambilan ESP.

Energizing Soy Protein - Protein, mesti ramai yang akan cakap, alah aku tiap-tiap hari makan protein, dalam menu makanan tiap-tiap hari ada ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi sumber protein yang aku makan. Yela betul la tu tapi protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi, jangan tak tau! Protein yang baik membantu kesihatan tubuh yang baik, kerana protein adalah bahan asas pembinaan sel tubuh manusia. Protein yang baik membantu kepada pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Sel tubuh yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.

Kalau tu tak merangsangkan adrenalin korang, ni satu rahsia yang mesti diketahui. Protein dapat membuatkan kulit korang tu anjal! Eh tak nak ke awet muda?

Meh tengok kelebihan ESP ni :-
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
  Ini respons sorang rakan twitter saya, @shahirarif bila saya tweet mengenai Shaklee.

111

credit : www.mamafaiz.com, iffah anuar dan @shahirarif
Continue Reading

7.6.12

Lambat lagi la nak kaya....

shaklee_logo 
 Semangat berkobar-kobar masa packing set trial pack untuk isteri adik ipar (dialah 1st customer saya, berbunga-bunga, diawangan-awangan je rasa tapi tak kurangya gelabah jugak sebab 1st customer kan) terbantut seketika dek penangan ayat yang suami kasi tu. Ye ayat tu suami yang kasi kat saya. Memang down sebentar dengar ayat tu tapi bila fikir balik, saya takda la nak mencari keuntungan sangat (okay agak tipu kalau tak rasa nak mencari keuntungan, impian tu tetap ada). Walaubagaimanapun saya dah makan supplement ni, saya dah cuba, jadi tak salah kalau nak berkongsi dengan orang lain pulak sebab ianya berguna untuk saya. Sharing is caring, tu slogannya kan.

Bagi yang tak tahu sangat apa yang saya membebelkan ni, huhu saya adalah Shaklee Independent Distributor. Kenapa saya pilih supplement Shaklee? Kerana produk ni dah 50 tahun berada di pasaran, ianya halal. Saya tak payah nak keluar pergi ketuk pintu rumah orang or guna method alam maya (ayat MamaFaiz), saya gunakan produk untuk diri saya, andai ada yang berminat nak tau, leh PM di FB. Kalau pun takda insan-insan bertuah yang berminat nak tau mengenai supplement Shaklee atau yang teringin nak beli dan cuba makan, saya tetap teruskan dengan pengambilan supplement, untuk diri saya. Sebabnya, saya mahu sihat....
Continue Reading