19.5.12

Majlis Berendoi (Akhirnya!)

Ketiga-tiga entri aku asyik pasal susu ibu atau pun susu badan sahaja kan. Mesti ada yang rasa meluat kat dalam hati (kalau takda pun, i anggap je ada) kalau asyik-asyik entri pasal susu ibu ja yang aku kasi. Jadi entri ni tukar topik lain lah cenggini. Almaklong entri kali ni adalah berdasarkan majlis berendoi si kembar Aisya. Dah berbulan-bulan lahir baru nak buat majlis berendoi, hehe. Hinggakan ada orang ingat depa dua orang ni baru lahir. Aiseymen...

Makcik A : Eh kembar. Dah berapa hari lahir ni?
Aku : Errrrr..dah 5 bulan, makcik. Baru hari ni nak buat majlis berendoi. Hehehe

Itulah dialog pembuka bicara masa hari berendoi si kembar Aisya. Orang lain semua buat majlis berendoi anak-anak dorang di awal hari, aku pulak buat majlis berendoi untuk anak-anak aku bila dah menginjak ke tengahari, hehe. Nasib badan la si kembar Aisya
Continue Reading

16.5.12

Bila Botol Susu Mula Berisi

Sebelum (kedua-dua belah cik B)
Itulah hasil apabila setiap kali saya pam susu. Memang rasa kecewa dan hampir-hampir berputus asa dengan hasil perahan pam susu yang sangat sedikit. Boleh dikatakan pam susu hari ni untuk kegunaan esok. Pam hari ni untuk babies minum esok, pam esok untuk babies minum lusa. Dah la Si Kembar Aisya, Aisya Irdina dan Aisya Ardini minum susu sangat kuat sejak saya dari dalam pantang lagi. Lepas ja Breast Feeding (BF) si kembar tu, mesti kena top up dengan Formula Milk (FM). Kadang-kadang kena bagi si kembar FM sebab lepas BF, dorang akan nangis, takda banyak susu yang keluar. Kalau si kembar nangis serentak, salah sorang mesti akan disumbat ngan FM dulu. Lepas tu akan BF hanya untuk hilangkan ketagih si kembar pada puting susu badan ibu.

Memang sedih sangat, rasa terpaksa tapi apakan daya, rasa macam dah takda jalan. Paling sedih masa mengandung, disebabkan masalah peribadi & minda terganggu, saya tak pernah cuba nak belajar mengenai ilmu-ilmu mengenai DF, vitamin, cara-cara pam susu dan sebagainya. Bila cuti bersalin 2bulan habis dan saya kena mula bekerja, saya cuma pam susu hanya untuk hilangkan bengkak susu yang saya alami. Masa mula-mula masuk dalam group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan (KIM), banyak dapat informasi dan pada masa tu juga ada orang sarankan mengenai ibu-ibu menyusu kena ambil vitamin tambahan agar takda masalah dalam produce susu badan. Godek punya godek, terjumpalah dengan akak Siti Nor Khaironisha yang jual vitamin tambahan Shaklee. Alhamdulillah, paling ketara lepas ja ambil vitamin-vitamin yang dibekalkan, susu berubah warna. Daripada putih ke warna kekuningan dan ianya pekat. Sebelum ni putih cair aja.

Selepas (kedua-dua belah cik B)
Sebenarnya cemburu jugak tengok stok EBM orang lain dah hampir penuh peti malah ada dah penuh Deep Freezer tapi saya kuatkan semangat untuk cuba buat jugak stok EBM setelah penggunaan vitamin tambahan ni dan alhamdulillah, stok berjaya dikumpul walaupun masih sedikit.

Harini berjaya pam susu untuk pertama kalinya satu sesi dah boleh dapat 6oz untuk kedua-dua belah cik B. Alhamdulillah. Orang lain kalau kedua-dua belah cik B, sekali sesi ja buleh dapat 10 oz, hehe. Tak apa, saya bulatkan semangat, tekadkan azam untuk berusaha lagi. InsyaAllah. Hasil sekarang, sekali pam, sebelah cik B buleh dapat 3oz - 4oz. Alhamdulillah. Sikit-sikit, lama-lama jadi penuh stok EBM

Sekarang (kanan : cik B kanan & kiri : cik B kiri)
Continue Reading

Suatu Pelaburan: Spectra 3 Breastpump

Ada kemahuan, pasti jadi. Dengan semangat nak pam susu badan guna pam elektrik yang berkobar-kobar, akhirnya aku beli jugak Set Spectra 3 Breastpump tapi yang second hand saja sebab kalau beli yang baru, macam tak lepas aja duit poket, hehe. Barangan sampai 2 hari selepas dibuat negotiation dengan sorang ibu iaitu Umiesaa Ali yang aku jumpa kat page Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan lepas dia buat iklan untuk jual Set Spectra 3 ni. Jadi inilah hasilnya barang yg dah dipasangkan. Serius tak sabar nak guna
Continue Reading