0
Tekanan darah awak 190/160.

Ya Rabbi. Gugupnya perasaan aku masa staff nurse bagitau mengenai kadar blood pressure (BP) aku tu yang tak dapat aku bayangkan. Nyawa bagaikan dihujung tanduk, pening kepala yang sangat serius. Rupa-rupanya itulah tanda-tanda sawan mengandung yang paling ditakuti. Jadi jangan ingat bila dah bersalin tu, tak ada sawan mengandung lagi. Sudahlah hampir 24jam aku dok ada kat dalam labour room, daripada pukul 2.00pagi 2hb Dec 2011 hinggalah ke pukul 3.30petang 3hb Dec 2011 sebelum Aisya Irdina, kakak, selamat dilahirkan pada jam 3.37petang dan Aisya Ardini pukul 3.44petang. Kesemuanya adalah suatu cabaran yang tak akan dapat dilupakan.

Paling sedih lepas melahirkan si kembar Aisya, aku tak dapat nak pegang mahupun cium atau peluk sebab badan amat lemah, pengsan untuk beberapa minit dan terpaksa diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor dan staff nurse. Semua benda takleh dibuat sendiri sebab 2 wayar tiub dicucuk kat badan, 1 wayar untuk masukkan ubat dan 1 lagi wayar untuk saluran keluar air kencing. Hampir setiap jam kena menjawab soalan wajib, awak ada rasa pening tak lagi? Paling ralat, aku dengan suami masing-masing takda hp berkamera, mana lah nak dapat captured wajah anak. Terpaksa la pendam perasaan untuk tengok wajah anak yang ada kat NICU Hospital Sultanah Bahiyah. Suami takpa la diberi kebenaran untuk melawat anak-anak.....

Selama 3 hari 3 malam berkampung kat dalam unit pengawasan rapi ni, barulah dapat keluar duduk kat wad biasa. Saat paling mendebarkan mesti la masa nurse bagitau kata Si Kembar Aisya ni depa akan mai hantar kat aku malam tu. Berdebar-debar menunggu dan memikirkan pelbagai masalah. Antaranya macam mana aku nak kasi susu badan kat Kembar Aisya nanti. Dah la tak pernah dok practice pun. Pas bersalin dulu pun, Kembar Aisya tak pernah merasa kolostrum. Pertama kali cubaan menyusu, Allah ja yang tau perasaan sedih ni sebab susu badan tak keluar. Menjerit-jerit depa 2 orang ni sebab lapar. Sebab tak tahan sangat, terpaksa jugak lepaskan air mata kat dalam tandas.

to be continued....
Kembar Aisya seminggu selepas dilahirkan~



Catat Ulasan

 
Top